Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا مُعاذُ! أطِعْ كلَّ أميرٍ، وصلِّ خلفَ كلِّ إمامٍ، ولا تَسُبَّنَّ أحدًا مِن أصحابي.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Mu’az! Taatlah kamu kepada setiap pemimpin, dirikanlah solat di belakang setiap imam, dan janganlah sesekali kamu mencela walau seorang pun dari kalangan sahabatku.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 270, hadis no. 1404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل-رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا معاذ! أطع كل أمير، وصل خلف كل إمام، ولا تسبن أحدا من أصحابي)). [عد، طب، هق، ((الضعيفة)) (2795)]
(Daif) Daripada Mu’az bin Jabal RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: 'Wahai Mu’az! Taatlah kamu kepada setiap pemimpin, dirikanlah solat di belakang setiap imam, dan janganlah sesekali kamu mencela walau seorang pun dari kalangan sahabatku. [Riwayat al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2795]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman