Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طَاعَة النِّسَاء ندامة.
Teks Bahasa Melayu
Taat kepada wanita adalah satu penyesalan.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
عَن عَائِشَة مَرْفُوعَة بطرق ضِعَاف «طَاعَة النِّسَاء ندامة» وَإِدْخَال ابْن الْجَوْزِيّ حَدِيث عَائِشَة فِي الموضوعات لَيْسَ بجيد، وَقد اسْتَشَارَ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم أم سَلمَة فِي صلح الْحُدَيْبِيَة وَصَارَ دَلِيل استشارة الْمَرْأَة الفاضلة وَقد استدرك عَلَيْهِ ابْنة شُعَيْب فِي أَمر مُوسَى على نَبينَا وَعَلَيْهِمَا الصَّلَاة وَالسَّلَام فِي آخَرين. فِي الذيل «لَا يفعلن أحدكُم» إِلَخ. فِيهِ مُنكر الحَدِيث: الصغاني حَدِيث عَائِشَة مَوْضُوع. اللآلئ حَدِيثهَا لَا يَصح قلت لَهُ طرقا وشواهد مِنْهَا «عَوِّدُوا النِّسَاءَ لآفَاتِهَا حَقِيقَةً إِنْ أَطَعْتَهَا أَهْلَكَتْكَ وَخَالِفُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ فِي خلافهن الْبركَة».
Daripada ‘Aisyah yang diriwayatkan secara marfu’ dengan pelbagai jalur yang daif: “Taat kepada wanita adalah satu penyesalan.” Ibn al-Jawzi memasukkan hadith ini (hadith ‘Aisyah) dalam al-Maudu’at. Dan Ia bukan perkara yang baik. Nabi SAW pernah meminta pandangan Ummu Salamah ketika perjanjian Hudaibiyah dan ini menjadi dalil keharusan meminta pandangan wanita yang mulia. Nabi Syu’aib juga pernah meminta pandangan anak perempuannya tentang Nabi Musa. al-Saghani berkata: Hadith ‘Aisyah adalah hadith palsu. Dalam kitab al-La’ali menyebut: Hadith ‘Aisyah tidak sahih. Saya katakan: Ia mempunyai pelbagai jalur dan syawahid (riwayat sokongan). Antaranya: “Biasakanlah mengenal hakikat penyakit wanita. Jika engkau taat kepadanya maka engkau akan binasa. Bercanggahlah dengan wanita. Sesungguhnya bercanggah dengan mereka itu adalah keberkatan.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman