Syurga telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menghias aku dan memperelokkan tiang-tiangku

TEKS BAHASA ARAB

قالت الجنة : يا رب زينتني فأحسنت أركاني. فأوحى الله إليها : قد حشوت أركانك بالحسن والحسين والسعود من الأنصار وعزتي لا يدخلك مراء ولا بخيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menghias aku dan memperelokkan tiang-tiangku. Maka Allah SWT telah berfirman kepadanya: Aku telah mengisi tiang-tiangmu dengan al-Ḥasan dan al-Ḥusayn RA serta bintang- bintang dari kalangan orang al-Anṣār. Demi kemuliaan-Ku, orang yang bakhil dan riyak tidak masuk ke dalam engkau.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 129, hadis nombor 655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن العباس بن بزيغ عن أبيه قال: قال رسول الله ﷺ: قالت الجنة: يا رب زينتني فأحسنت أركاني. فأوحى الله إليها: قد حشوت أركانك بالحسن والحسين والسعود من الأنصار، وعزتي لا يدخلك مراء ولا بخيل. [عبدان في الصحابة، الضعيفة، (6200)]

(Batil) Daripada al-‘Abbās ibn Bazī‘, daripada bapanya secara marfū‘: Syurga telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menghias aku dan mengelokkan tiang-tiangku. Maka Allah SWT telah berfirman kepadanya: Aku telah mengisi tiang-tiangmu dengan al-Ḥasan dan al-Ḥusayn RA serta bintang- bintang dari kalangan orang al-Anṣār. Demi kemuliaan-Ku, orang yang bakhil dan riyak tidak masuk ke dalam engkau. [Diriwayatkan oleh ‘Abdān dalam al-Ṣaḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6200)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs