Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قالت الجنةُ : يا ربِّ زيَّنْتَنِي فأحسنتَ أركاني. فأوحى اللهُ إليها : قد حشوتُ أركانَكِ بالحسنِ والحسينِ والسُّعودِ من الأنصارِ ، وعِزَّتي لا يدخُلُكِ مُراءٍ ولا بخيلٌ.
Teks Bahasa Melayu
Syurga telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menghias aku dan memperelokkan tiang-tiangku. Maka Allah SWT telah berfirman kepadanya: Aku telah mengisi tiang-tiangmu dengan al-Ḥasan dan al-Ḥusayn RA serta bintang- bintang dari kalangan orang al-Anṣār. Demi kemuliaan-Ku, orang yang bakhil dan riyak tidak masuk ke dalam engkau.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 129, hadis no. 655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن العباس بن بزيغ عن أبيه قال: قال رسول الله ﷺ: قالت الجنة: يا رب زينتني فأحسنت أركاني. فأوحى الله إليها: قد حشوت أركانك بالحسن والحسين والسعود من الأنصار، وعزتي لا يدخلك مراء ولا بخيل. [عبدان في الصحابة، الضعيفة، (6200)]
(Batil) Daripada al-‘Abbās ibn Bazī‘, daripada bapanya secara marfū‘: Syurga telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menghias aku dan mengelokkan tiang-tiangku. Maka Allah SWT telah berfirman kepadanya: Aku telah mengisi tiang-tiangmu dengan al-Ḥasan dan al-Ḥusayn RA serta bintang- bintang dari kalangan orang al-Anṣār. Demi kemuliaan-Ku, orang yang bakhil dan riyak tidak masuk ke dalam engkau. [Riwayat ‘Abdān dalam al-Ṣaḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6200)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman