Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
للجنةِ ثمانيةُ أبوابٍ، سبعةٌ مُغَلَّقَةٌ، وبابٌ مفتوحٌ للتوبةِ حتى تَطْلُعَ الشمسُ من نَحْوِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Syurga mempunyai lapan pintu, tujuh pintu tertutup dan satu pintu terbuka untuk taubat hinggalah terbitnya matahari daripada arahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1341, hadis no. 6851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: للجنة ثمانية أبواب، سبعة مغلقة، وباب مفتوح للتوبة حتى تطلع الشمس من نحوه. [طب، ك، ((الضعيفة)) (4329)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Syurga mempunyai lapan pintu, tujuh pintu tertutup dan satu pintu terbuka untuk taubat hinggalah terbitnya matahari daripada arahnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4329]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman