Syurga itu mempunyai lapan pintu, tujuh daripadanya ditutup

TEKS BAHASA ARAB

للجنة ثمانية أبواب، سبعة مغلقة، وباب مفتوح للتوبة حتى تطلع الشمس من نحوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga itu mempunyai lapan pintu, tujuh daripadanya ditutup, dan satu pintu dibuka untuk orang-orang yang bertaubat sehingga matahari terbit dari arahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2025, hadis nombor 10183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن مسعود –رضي الله عنه – مرفوعا: للجنة ثمانية أبواب، سبعة مغلقة، وباب مفتوح للتوبة حتى تطلع الشمس من نحوه.
[طب، ك، ((الضعيفة)) (4329)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syurga itu mempunyai lapan pintu, tujuh daripadanya ditutup, dan satu pintu dibuka untuk orang-orang yang bertaubat sehingga matahari terbit dari arahnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir dan al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4329]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs