TEKS BAHASA ARAB
الجنة مائة درجة، ما بين كل درجتين خمسمائة عام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Syurga itu mempunyai 100 darjat, antara dua darjat jaraknya 500 tahun.
STATUS
Munkar dengan lafaz 500
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 654, hadis nombor 3378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بلفظ خمسمائة) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لجنة مائة درجة، ما بين كل درجتين خمسمائة عام)). [طس، أبو نعيم في ((أخبار الأصبهان))، ((الضعيفة)) (1885)]
(Munkar dengan lafaz 500) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Syurga itu mempunyai 100 darjat, antara dua darjat jaraknya 500 tahun.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1885]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.