Munkar dengan lafaz 500

30/06/2024

minit bacaan



Syurga itu mempunyai 100 darjat, antara dua darjat jaraknya 500 tahun

Teks Bahasa Arab

الجنةُ مِائةُ درجةٍ، ما بين كلِّ درجتين خَمْسُمِائةِ عامٍ.

Teks Bahasa Melayu

Syurga itu mempunyai 100 darjat, antara dua darjat jaraknya 500 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar dengan lafaz 500

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 654, hadis no. 3378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ خمسمائة) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لجنة مائة درجة، ما ‌بين ‌كل ‌درجتين خمسمائة عام)). [طس، أبو نعيم في ((أخبار الأصبهان))، ((الضعيفة)) (1885)]

(Munkar dengan lafaz 500) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Syurga itu mempunyai 100 darjat, antara dua darjat jaraknya 500 tahun.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1885]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.