Syurga itu bagi setiap orang yang tsabat (tetap dalam agamanya)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الجنة لكل ثابت، والرحمة لكل واقف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga itu bagi setiap orang yang tsabat (tetap dalam agamanya). Dan rahmat itu kepada teguh menegakkan yang hak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis nombor 1054. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الجنة لكل ثابت، والرحمة لكل واقف)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2890)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syurga itu bagi setiap orang yang tsabat (tetap dalam agamanya). Dan rahmat itu kepada teguh menegakkan yang hak.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2890]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.