Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Syurga itu bagi setiap orang yang tsabat (tetap dalam agamanya)

Teks Bahasa Arab

الجَنَّةُ لكلِّ ثابِتٍ، والرحمةُ لكلِّ وَاقِفٍ.

Teks Bahasa Melayu

Syurga itu bagi setiap orang yang tsabat (tetap dalam agamanya). Dan rahmat itu kepada teguh menegakkan yang hak.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis no. 1054. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((الجنة لكل ثابت، والرحمة لكل واقف)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2890)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syurga itu bagi setiap orang yang tsabat (tetap dalam agamanya). Dan rahmat itu kepada teguh menegakkan yang hak. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2890]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.