Syurga ialah rumah bagi golongan yang pemurah

TEKS BAHASA ARAB

الجنة دار الأسخياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga ialah rumah bagi golongan yang pemurah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 56, hadis nombor 243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((الجنة دار الأسخياء)). [الخرائطي في ((المكارم))، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، عد، طس، القضاعي، فر، ((الضعيفة)) (3477)].

(Lemah)
Daripada ‘Ā’ishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Syurga ialah rumah bagi golongan yang pemurah)).
[Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, Abū ‘Uthmān al-Buḥayrī dalam al-Fawā’id, Ibn ‘Adī, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3477].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs