Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الجنةُ دارُ الأسْخِياءِ.
Teks Bahasa Melayu
Syurga ialah rumah bagi golongan yang pemurah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 56, hadis no. 243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((الجنة دار الأسخياء)). [الخرائطي في ((المكارم))، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، عد، طس، القضاعي، فر، ((الضعيفة)) (3477)].
(Daif) Daripada ‘Ā’ishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Syurga ialah rumah bagi golongan yang pemurah)). [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, Abū ‘Uthmān al-Buḥayrī dalam al-Fawā’id, Ibn ‘Adī, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3477].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman