Syurga haram dimasuki oleh orang yang melakukan perbuatan keji

TEKS BAHASA ARAB

الجنة حرام على كل فاحش أن يدخلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga itu haram dimasuki oleh orang yang melakukan perbuatan yang keji.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis nombor 569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: الجنة حرام على كل فاحش أن يدخلها.
[ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (5784)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA bahawa Nabi SAW bersabda: Syurga itu haram dimasuki oleh orang yang melakukan perbuatan yang keji.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ṣamt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5784]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs