Lemah Sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الجنةَ عُرضتْ عليَّ، فلمْ أرَ مثلَ ما فيها، وإنها مرتْ بي خَصلةٌ من عِنبٍ، فأعْجَبتني، فأهْويتُ إليها لآخذَها، فسبقَتني،ولو أخذْتُها لغرَستُها بينَ ظهرانَيْكُم حتى تأكلوا من فاكهةِ الجنةِ واعلموا أنَّ الكَمْأةَ دواءُ العَينِ، وأنَّ العَجوةَ منْ فاكهةِ الجنةِ، وأنَّ هذهِ الحبةَ السوداءَ التي تكون في الملحِ؛ اعلموا أنها دواءٌ من كلِّ داءٍ إلا الموت.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya syurga diperlihatkan kepadaku, aku tidak pernah melihat sesuatu seperti yang ada di dalamnya, segugus anggur melintasiku dan ia membuat aku kagum. Aku pun menuju kepadanya untuk mengambilnya tetapi ia telah dibawa pergi menjauhiku, seandainya aku boleh mengambilnya, nescaya aku akan menanamnya di hadapan kamu supaya kamu boleh memakan buah-buahan syurga dan ketahuilah bahawa kam`ah (sejenis tumbuhan: truffle) merupakan ubat bagi sakit mata, (kurma) 'ajwah adalah buah syurga dan habbatussauda` yang ada pada garam, ketahuilah bahawa ia adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati.
Sahabat Perawi
- Buraidah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah Sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1741, hadis no. 8762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah Sanadnya) Daripada Buraidah RA: Dia bersama Rasulullah SAW dengan empat puluh dua orang sahabat Baginda, Baginda solat di belakang maqam (Ibrahim) dan mereka duduk menunggu di belakang Baginda. Selesai daripada solat, Baginda menuju ke Ka'bah seolah-olah Baginda ingin mengambil sesuatu. Kemudian, Baginda menuju kepada para sahabat maka para sahabat juga bergerak ke arah baginda tetapi Rasulullah SAW memberi isyarat dengan tangan Baginda agar tetap duduk. Mereka pun duduk lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Kamu melihatku saat aku selesai solat seakan-akan aku ingin mengambil sesuatu yang ada di antaraku dan juga Ka'bah?)), Mereka berkata: "Ya, wahai Rasulullah!" Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya syurga diperlihatkan kepadaku, aku tidak pernah melihat sesuatu seperti yang ada di dalamnya, segugus anggur melintasiku dan ia membuat aku kagum. Aku pun menuju kepadanya untuk mengambilnya tetapi ia telah dibawa pergi menjauhiku, seandainya aku boleh mengambilnya, nescaya aku akan menanamnya di hadapan kamu supaya kamu boleh memakan buah-buahan syurga dan ketahuilah bahawa kam`ah (sejenis tumbuhan: truffle) merupakan ubat bagi sakit mata, (kurma) 'ajwah adalah buah syurga dan habbatussauda` yang ada pada garam, ketahuilah bahawa ia adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3899].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman