Syurga diperlihatkan kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

إن الجنة عرضت علي، فلم أر مثل ما فيها، وإنها مرت بي خصلة من عنب، فأعجبتني، فأهويت إليها لآخذها، فسبقتني، ولو أخذتها لغرستها بين ظهرانيكم حتى تأكلوا من فاكهة الجنة، واعلموا أن الكمأة دواء العين، وأن العجوة من فاكهة الجنة، وأن هذه الحبة السوداء التي تكون في الملح؛ اعلموا أنها دواء من كل داء إلا الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga diperlihatkan kepadaku, aku tidak pernah melihat sesuatu seperti yang ada di dalamnya, segugus anggur melintasiku dan ia membuat aku kagum. Aku pun menuju kepadanya untuk mengambilnya tetapi ia telah dibawa pergi menjauhiku, seandainya aku boleh mengambilnya, nescaya aku akan menanamnya di hadapan kamu supaya kamu boleh memakan buah-buahan syurga dan ketahuilah bahawa kam`ah (sejenis tumbuhan: truffle) merupakan ubat bagi sakit mata, (kurma) ‘ajwah adalah buah syurga dan habbatussauda` yang ada pada garam, ketahuilah bahawa ia adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1741, hadis nombor 8762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف إسناده) عن بريدة،: أنه كان مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في اثنين وأربعين من أصحابه، والنبي – صلى الله عليه وسلم – يصلي في المقام وهم خلفه جلوس ينتظرونه، فلما صلى أهوى فيما بينه وبين الكعبة كأنه يريد أن يأخذ شيئاً، ثم انصرف إلى أصحابه، فثاروا، وأشار إليهم أن اجلسوا، فجلسوا، فقال: "رأيتموني حين فرغت من صلاتي أهويت فيما بيني وبين الكعبة كأني أريد أن آخذ شيئاً؟ "، قالوا: نعم يا رسول الله، قال: (إن الجنة عرضت علي، فلم أر مثل ما فيها، وإنها مرت بي خصلة من عنب، فأعجبتني، فأهويت إليها لآخذها، فسبقتني، ولو أخذتها لغرستها بين ظهرانيكم حتى تأكلوا من فاكهة الجنة، واعلموا أن الكمأة دواء العين، وأن العجوة من فاكهة الجنة، وأن هذه الحبة السوداء التي تكون في الملح؛ اعلموا أنها دواء من كل داء إلا الموت). [حم/ ((الضعيفة)) (3899)]

(Lemah Isnadnya)
Daripada Buraidah RA: Dia bersama Rasulullah SAW dengan empat puluh dua orang sahabat Baginda, Baginda solat di belakang maqam (Ibrahim) dan mereka duduk menunggu di belakang Baginda. Selesai daripada solat, Baginda menuju ke Ka’bah seolah-olah Baginda ingin mengambil sesuatu. Kemudian, Baginda menuju kepada para sahabat maka para sahabat juga bergerak ke arah baginda tetapi Rasulullah SAW memberi isyarat dengan tangan Baginda agar tetap duduk. Mereka pun duduk lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Kamu melihatku saat aku selesai solat seakan-akan aku ingin mengambil sesuatu yang ada di antaraku dan juga Ka’bah?)), Mereka berkata: "Ya, wahai Rasulullah!" Rasulullah SAW bersabda: ((Syurga diperlihatkan kepadaku, aku tidak pernah melihat sesuatu seperti yang ada di dalamnya, segugus anggur melintasiku dan ia membuat aku kagum. Aku pun menuju kepadanya untuk mengambilnya tetapi ia telah dibawa pergi menjauhiku, seandainya aku boleh mengambilnya, nescaya aku akan menanamnya di hadapan kamu supaya kamu boleh memakan buah-buahan syurga dan ketahuilah bahawa kam`ah (sejenis tumbuhan: truffle) merupakan ubat bagi sakit mata, (kurma) ‘ajwah adalah buah syurga dan habbatussauda` yang ada pada garam, ketahuilah bahawa ia adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3899].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.