Syurga di bawah telapak kaki ibu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الجنة تحت أقدام الأمهات، من شئن أدخلن، ومن شئن أخرجن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu; Sesiapa yang ia mengkehendakinya ia akan masukkannya ke syurga dan sesiapa yang ia tidak kehendakinya, ia keluarkannya (tidak masuk syurga).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 19, hadis nombor 39. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الجنة تحت أقدام الأمهات، من شئن أدخلن، ومن شئن أخرجن)).
[عد، عق، ((الضعيفة)) (593)]

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syurga itu di bawah telapak kaki ibu; Sesiapa yang ia mengkehendakinya ia akan masukkannya ke syurga dan sesiapa yang ia tidak kehendakinya, ia keluarkannya (tidak masuk syurga).
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.593]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.