Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الجنه تحتَ أقدامِ الأمَّهاتِ، مَن شِئنَ أدخَلنَ، ومَن شِئنَ أخرَجنَ.
Teks Bahasa Melayu
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu; Sesiapa yang ia mengkehendakinya ia akan masukkannya ke syurga dan sesiapa yang ia tidak kehendakinya, ia keluarkannya (tidak masuk syurga).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 19, hadis no. 39. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((الجنة تحت أقدام الأمهات، من شئن أدخلن، ومن شئن أخرجن)). [عد، عق، ((الضعيفة)) (593)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syurga itu di bawah telapak kaki ibu; Sesiapa yang ia mengkehendakinya ia akan masukkannya ke syurga dan sesiapa yang ia tidak kehendakinya, ia keluarkannya (tidak masuk syurga). [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.593]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman