Syurga berkata : Wahai Tuhan, Engkau telah menghiasi aku dan memperelokkan tiangku

TEKS BAHASA ARAB

قالت الجنة: يا رب زينتني فأحسنت أركاني. فأوحى الله إليها: قد حشوت أركانك بالحسن والحسين والسعود من الأنصار، وعزتي لا يدخلك مراء ولا بخيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga berkata : Wahai Tuhan, Engkau telah menghiasi aku dan memperelokkan tiangku. Kemudian Allah memberi wahyu kepada syurga : Aku telah memenuhkan tiang serimu dengan Al-Hasan, Al-Husain dan segolongan orang daripada Ansar. Demi Kemuliaan-Ku, orang yang sombong dan kedekut tidak akan memasuki syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 898, hadis nombor 4603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن العباس بن بزيع عن أبيه رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قالت الجنة: يا رب زينتني فأحسنت أركاني. فأوحى الله إليها: قد حشوت أركانك بالحسن والحسين والسعود من الأنصار وعزتي لا يدخلك مراء ولا بخيل . [عبدان في الصحابة, الضعيفة (6200)]

(Batil) ‘Abbas Bin Bazigh meriwayatkan daripada bapanya. Beliau berkata berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Syurga berkata : Wahai Tuhan, Engkau telah menghiasi aku dan memperelokkan tiangku. Kemudian Allah memberi wahyu kepada syurga : Aku telah memenuhkan tiang serimu dengan Al-Hasan, Al-Husain dan segolongan orang daripada Ansar. Demi Kemuliaan-Ku, orang yang sombong dan kedekut tidak akan memasuki syurga. [‘Abdan di dalam Al-Sahabah, Al-Dha’ifah, no 6200]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs