Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قالت الجنةُ : يا ربِّ زيَّنْتَنِي فأحسنتَ أركاني . فأوحى اللهُ إليها : قد حشوتُ أركانَكِ بالحسنِ والحسينِ والسُّعودِ من الأنصارِ ، وعِزَّتي لا يدخُلُكِ مُراءٍ ولا بخيلٌ
Teks Bahasa Melayu
Syurga berkata : Wahai Tuhan, Engkau telah menghiasi aku dan memperelokkan tiangku. Kemudian Allah memberi wahyu kepada syurga : Aku telah memenuhkan tiang serimu dengan Al-Hasan, Al-Husain dan segolongan orang daripada Ansar. Demi Kemuliaan-Ku, orang yang sombong dan kedekut tidak akan memasuki syurga.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 898, hadis no. 4603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن العباس بن بزيع عن أبيه رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قالت الجنة: يا رب زينتني فأحسنت أركاني. فأوحى الله إليها: قد حشوت أركانك بالحسن والحسين والسعود من الأنصار وعزتي لا يدخلك مراء ولا بخيل . [عبدان في الصحابة, الضعيفة (6200)]
(Batil) 'Abbas Bin Bazigh meriwayatkan daripada bapanya. Beliau berkata berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Syurga berkata : Wahai Tuhan, Engkau telah menghiasi aku dan memperelokkan tiangku. Kemudian Allah memberi wahyu kepada syurga : Aku telah memenuhkan tiang serimu dengan Al-Hasan, Al-Husain dan segolongan orang daripada Ansar. Demi Kemuliaan-Ku, orang yang sombong dan kedekut tidak akan memasuki syurga. [‘Abdan di dalam Al-Sahabah, Al-Dha’ifah, no 6200]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman