Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فخرَّتِ الجنةُ على النارِ فقالت: أنا خيرٌ منك. فقالتِ النارُ: بل أنا خيرٌ منك. فقالتِ الجنةُ استفهامًا: وممَّ؟! قالت: لأنَّ فيَّ الجبابرةَ، ونمروذَ وفرعونَ؛ فأسكتت. فأوحى اللهُ إليها: لا تخضعينَ، لأُزيِّننَّ رُكْنَيْكِ بالحسنِ والحسينِ؛ فماست كما تَميسُ العروسُ في خِدْرها.
Teks Bahasa Melayu
Syurga berbangga kepada neraka. Syurga berkata: Aku lebih baik berbanding kamu. Neraka berkata: Tidak, bahkan aku yang lebih baik daripada kamu. Syurga bertanya kepada neraka: Kamu berbangga dengan apa? Neraka berkata: Kerana di dalam aku ada orang yang kejam, Namrud, ada Fir’aun. Lalu neraka didiamkan. Lantas Allah memberikan wahyu kepada syurga: Jangan kamu tunduk. Aku akan hiasi dua tiang kamu dengan al-Hasan dan al-Husain. Lalu ia longlai seperti longlainya pengantin kerana mabuk melihat pasangannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1932, hadis no. 9690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ قال: فخرت الجنة على النار فقالت: أنا خير منك. فقالت النار:بل أنا خير منك. فقالت لها الجنة استفهاماً: ومِمَّ؟ قالت: لأن في الجبابرة، ونمرود، وفرعون، فُأسكِتَتْ، فأوحى الله إليها: لا تخضعين، لأزينن ركنيك بالحسنِ والحسينِ، فماسَتْ كما تَمِيسُ العروسُ في خدرها. [طس، ((الضعيفة)) (6199)]
(Palsu) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Syurga berbangga kepada neraka. Syurga berkata: Aku lebih baik berbanding kamu. Neraka berkata: Tidak, bahkan aku yang lebih baik daripada kamu. Syurga bertanya kepada neraka: Kamu berbangga dengan apa? Neraka berkata: Kerana di dalam aku ada orang yang kejam, Namrud, ada Fir’aun. Lalu neraka didiamkan. Lantas Allah memberikan wahyu kepada syurga: Jangan kamu tunduk. Aku akan hiasi dua tiang kamu dengan al-Hasan dan al-Husain. Lalu ia longlai seperti longlainya pengantin kerana mabuk melihat pasangannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6199]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman