Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Syurga berbangga dengan dirinya ke atas neraka

Teks Bahasa Arab

فخرَّتِ الجنةُ على النارِ فقالت : أنا خيرٌ منك . فقالتِ النارُ : بل أنا خيرٌ منك . فقالتِ الجنةُ استفهامًا : وممَّ ؟ ! قالت : لأنَّ فيَّ الجبابرةَ ، ونمروذَ وفرعونَ ؛ فأسكتت . فأوحى اللهُ إليها : لا تخضعينَ ، لأُزيِّننَّ رُكْنَيْكِ بالحسنِ والحسينِ ؛ فماست كما تَميسُ العروسُ في خِدْرها.

Teks Bahasa Melayu

Syurga berbangga dengan dirinya ke atas neraka dan berkata: Aku lebih baik darimu. Lalu neraka berkata: Tidak bahkan aku lebih baik darimu. Lalu syurga bertanya: Kerana apa? Neraka berkata: Kerana padaku ada orang-orang zalim, Namrud dan Firaun, dan mereka didiamkan. Lalu Allah mewahyukan kepada syurga: Janganlah kamu merasa rendah diri, aku akan hiasi kedua rukunmu dengan al-Hasan dan al-Husain, lalu syurga berjalan dengan bergaya seperti mana pengantin berjalan di tempatnya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 688 - 689, hadis no. 3539. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((فخرت الجنة على النار فقالت: أنا خير منك. فقالت النار: بل أنا خير منك. فقالت لها الجنة استفهاما: ومم؟ قالت: لأن في الجبابرة، ونمرود، وفرعون، فأسكتت، فأوحى الله إليها: لا تخضعين، لأزينن ركنيك بالحسن والحسين، فماست كما تميس العروس في خدرها)). [طس، ((الضعيفة)) (6199)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Syurga berbangga dengan dirinya ke atas neraka dan berkata: Aku lebih baik darimu. Lalu neraka berkata: Tidak bahkan aku lebih baik darimu. Lalu syurga bertanya: Kerana apa? Neraka berkata: Kerana padaku ada orang-orang zalim, Namrud dan Firaun, dan mereka didiamkan. Lalu Allah mewahyukan kepada syurga: Janganlah kamu merasa rendah diri, aku akan hiasi kedua rukunmu dengan al-Hasan dan al-Husain, lalu syurga berjalan dengan bergaya seperti mana pengantin berjalan di tempatnya.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6199]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.