Classification icon

Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Syurga bagi dunia ini adalah Damsyik di Syam, Merv di Khurasan dan San’aa di Yaman

Teks Bahasa Arab

جِنَانُ هَذِهِ الدُّنْيَا. دِمَشْقُ مِنَ الشَّامِ، وَمَرْوُ مِنْ خُرَاسَانَ، وَصَنْعَاءُ الْيَمَنِ. وَجَنَّةُ هَذِهِ الْجِنَّانِ صَنْعَاءُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Syurga bagi dunia ini adalah Damsyik di Syam, Merv di Khurasan dan San’aa di Yaman. Syurga bagi syurga-syurga ini adalah San’aa.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 428, hadis no. 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره بعض المؤرخين من اليمنيين، ولم أقف عليه في كتاب من كتب الحديث.

Ia disebutkan oleh beberapa orang sejarawan daripada Yaman, aku tidak menjumpainya dalam mana-mana kitab hadis.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.