Syurga al-Firdaus itu ada empat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جنان الفردوس أربع، ثنتان من ذهب، حليتهما وآنيتهما وما فيهما، وثنتان من فضة، آنيتهما وحليتهما وما فيهما، وليس بين القوم وبين أن ينظروا إلى ربهم -عز وجل- إلا رداء الكبرياء على وجهه في جنة عدن، وهذه الأنهار ‌تشخب من جنة عدن، ثم يصدع بعد ذلك أنهارا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga al-Firdaus itu ada empat, dua darinya adalah dari emas, perhiasan dan bekas-bekas serta yang ada pada keduanya. Dua lagi adalah daripada perak, perhiasan dan bekas-bekas serta yang ada pada keduanya. Tidak ada halangan antara sesuatu kaum dan antara melihat Tuhan mereka Azza Wa Jalla kecuali selendang kemegahan di wajah-Nya dalam syurga Adn. Sungai-sungai ini mengalir dari syurga Adn, kemudian ia berpecah-pecah menjadi sungai-sungai yang lain pula.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 664, hadis nombor 3425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر بن عبد الله بن قيس عن أبيه -رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: ((جنان الفردوس أربع، ثنتان من ذهب، حليتهما وآنيتهما وما فيهما، وثنتان من فضة، آنيتهما وحليتهما وما فيهما، وليس بين القوم وبين أن ينظروا إلى ربهم -عز وجل- إلا رداء الكبرياء على وجهه في جنة عدن، وهذه الأنهار ‌تشخب من جنة عدن، ثم يصدع بعد ذلك أنهارا)). [الطيالسي، حم، الدارمي، ((الضعيفة)) (3465)]

(Lemah) Daripada Abu Bakr bin Abdullah bin Qais dari ayahnya RA bahawa Nabi SAW berkata: “Syurga al-Firdaus itu ada empat, dua darinya adalah dari emas, perhiasan dan bekas-bekas serta yang ada pada keduanya. Dua lagi adalah daripada perak, perhiasan dan bekas-bekas serta yang ada pada keduanya. Tidak ada halangan antara sesuatu kaum dan antara melihat Tuhan mereka Azza Wa Jalla kecuali selendang kemegahan di wajah-Nya dalam syurga Adn. Sungai-sungai ini mengalir dari syurga Adn, kemudian ia berpecah-pecah menjadi sungai-sungai yang lain pula.” [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnad, Ahmad dalam Musnad, al-Darimi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3465]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.