Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جِنانُ الفردوسِ أربعٌ، ثِنتانِ من ذهبٍ، حِلْيَتُهما وآنِيتُهما وما فيهما، وثِنتانِ من فِضةٍ، آنِيتُهما وحِلْيَتُهما وما فيهما، وليس بين القومِ وبين أن ينظروا إلى ربِّهم -عزَّ وجلَّ- إلَّا رداءُ الكِبرياءِ على وجهه في جنةِ عَدنٍ، وهذه الأنهارُ تَشْخَبُ من جنةِ عَدنٍ، ثم يَصْدَعُ بعد ذلك أنْهارًا.
Teks Bahasa Melayu
Syurga al-Firdaus itu ada empat, dua darinya adalah dari emas, perhiasan dan bekas-bekas serta yang ada pada keduanya. Dua lagi adalah daripada perak, perhiasan dan bekas-bekas serta yang ada pada keduanya. Tidak ada halangan antara sesuatu kaum dan antara melihat Tuhan mereka Azza Wa Jalla kecuali selendang kemegahan di wajah-Nya dalam syurga Adn. Sungai-sungai ini mengalir dari syurga Adn, kemudian ia berpecah-pecah menjadi sungai-sungai yang lain pula.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Qais RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 664, hadis no. 3425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي بكر بن عبد الله بن قيس عن أبيه -رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: ((جنان الفردوس أربع، ثنتان من ذهب، حليتهما وآنيتهما وما فيهما، وثنتان من فضة، آنيتهما وحليتهما وما فيهما، وليس بين القوم وبين أن ينظروا إلى ربهم -عز وجل- إلا رداء الكبرياء على وجهه في جنة عدن، وهذه الأنهار تشخب من جنة عدن، ثم يصدع بعد ذلك أنهارا)). [الطيالسي، حم، الدارمي، ((الضعيفة)) (3465)]
(Lemah) Daripada Abu Bakr bin Abdullah bin Qais dari ayahnya RA bahawa Nabi SAW berkata: “Syurga al-Firdaus itu ada empat, dua darinya adalah dari emas, perhiasan dan bekas-bekas serta yang ada pada keduanya. Dua lagi adalah daripada perak, perhiasan dan bekas-bekas serta yang ada pada keduanya. Tidak ada halangan antara sesuatu kaum dan antara melihat Tuhan mereka Azza Wa Jalla kecuali selendang kemegahan di wajah-Nya dalam syurga Adn. Sungai-sungai ini mengalir dari syurga Adn, kemudian ia berpecah-pecah menjadi sungai-sungai yang lain pula.” [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnad, Ahmad dalam Musnad, al-Darimi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3465]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman