Pada sanadnya terdapat perawi matruk

30/06/2024

minit bacaan



Syurga adalah tempat tinggal bagi orang yang dermawan

Teks Bahasa Arab

حديث: الجنة دار الأسخياء.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Syurga adalah tempat tinggal bagi orang yang dermawan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA
  2. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Pada sanadnya terdapat perawi matruk

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 80, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي من حديث عائشة مرفوعا. قال الدارقطني: لا يصح وقد أخرجه الدارقطني والطبراني. ورواه الخطيب من حديث أنس مرفوعا بإسناد فيه متروك.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Hadith Aisyah RA. Al-Daraqutni berkata: Hadith ini tidak sahih, dan ia telah diiriwayatkan oleh al-Daraqutni dan al-Tabarani. Al-Khatib meriwayatkan daripada hadith Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dengan sanad padanya terdapat perawi matruk (yang sangat dhaif).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.