Syurga adalah kediaman orang-orang yang murah hati

TEKS BAHASA ARAB

الجنة دار الأسخياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga adalah kediaman orang-orang yang murah hati.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 200-202, hadis nombor 164. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه ابن عدي في الكامل (1/ 190) وعنه ابن الجوزي في الموضوعات (2/ 185) والقضاعي في مسند الشهاب (117) عن الخرائطي وهذا في المكارم (60) من طريق جحدر ثنا بقية ثنا الأوزاعي عن الزهري عن عروة عن عائشة مرفوعا به.
قلت: وجحدر: هو أحمد بن عبد الرحمن الكفرتوني، وهو ضعيف يسرق الحديث كما قال ابن عدي. وذكره ابن حبان في الثقات وقال: لم أر في حديثه ما في القلب منه إلا ما حدثناه زيد بن عبد العزيز. فذكر هذا الحديث ثم قال: هذا حديث منكر. قال الحافظ في اللسان (1/ 211) : فكأنه ما عرفه لأنه سماه عبد الله بن الحارث.
وقال الهيثمي في المجمع (3/ 128) : ولم أجد من ترجم جحدر بن عبد الله وقد أخطأ الهيثمي رحمه الله في نسبه، فلذلك لم يجده. والله أعلم. قال الذهبي في الميزان : وقد روى هذا عن بقية عن يوسف بن السفر عن الأوزاعي ويوسف ساقط. ورواه البابلتي وهو واه عن الأوزاعي. قال السيوطي في اللآلئ (2/ 96) : وقد توبع يعني جحدر فرواه أبو الشيخ عن أبي التحريش أحمد بن عيسى الكلابي حدثنا محمد بن عوف، عن بقية.
قلت: وأبو التحريش هذا لم أقف له على ترجمة. وأخاف أن يكوم مصحفا. ثم رأيت الشيخ العلامة ذهبي العصر المعلمي اليماني – رجمه الله – قال في تعليقه على الفوائد المجموعة (ص -80) : ولم أجد أبا الحريش ولا أدري أبلا واسطة رواه أبو الشيخ عنه أم بواسطة. وقد يصح عن بقية: عن الأوزاعي فإن بقية يدلس عن كل أحد. فأما: بقية ثنا الأوزاعي فهيهات. أهـ‍.
قلت: وحتى لو صرح بقية بالتحديث عن الأوزاعي فإن تدليسه لم يرتفع؛ لكونه كان يدلس تدليس التسوية كما حررته في أول أحاديث الكتاب. ومدلس التسوية يجب أن يصرح في كل طبقات السند إلا في صور ضيقة، كأن يروي مدلس التسوية عن راو له صحيفة، مثل عمرو بن شعيب، عن أبيه، عن جده. فالمدلس بطبيعة الحال ليس مسؤولا عن عنعنة شيخه، فيكتفي أن يصرح بالتحديث عن شيخه فقط. والله أعلم. وقد أسقط بقية رجلا من الإسناد. قال الدارقطني في العلل (ج 5/ ق 27/ 2) : وخالفهما محمد بن مصفى، فرواه عن بقية عن أبي الفيض عن الأوزاعي عن ابن شهاب عن عروة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا يصح هذا الحديث. أهـ‍.
وله شاهد من حديث أنس رضي الله عنه. أخرجه ابن عدي (6/ 2350) ومن طريقه ابن النجار في ذيل تاريخ بغداد قال: سمعت أبا جعفر، شيخ سمعته ببغداد يعظ على رؤوس الناس يقول: ثنا محمد بن مسلمة، ثنا موسى الطويل، عن أنس مرفوعا: الجنة مأوى الأسخياء ثلاثا. ثم قال: وهذه الأحاديث كلها مناكير لموسى هذا . أهـ‍. وموسى هذا: هو ابن عبد الله الطويل متهم، وقد روى عن أنس أشياء موضوعة كما قال ابن حبان.
ومن أبشع ما افتراه قوله: رأيت عائشة بالبصرة على جمل أورق في هودج أخضر. قال الذهبي: أنظر إلى هذا الحيوان المتهم كيف يقول في حدود سنة مائتين أنه رأى عائشة؟ فمن الذي يصدقه؟
وله طريق آخر عن أنس. أخرجه الخطيب في البخلاء (ص – 51) من طريق الدينوري حدثنا محمد بن المغيرة الجرمي، حدثنا إبراهيم بن بكر الشيباني، حدثنا العلاء بن خالد القرشي حدثنا ثابت البناني عن أنس مرفوعا به.
قلت: وهذا سند تالف. والدينوري هو عبد الله بن محمد بن وهب الحافظ، تركه الدارقطني وقال: كان يضع الحديث. وكذبه عمر بن سهل، واتهمه ابن عقدة وإبراهيم بن بكر. متروك كما قال الدارقطني وغيره. وقال أحمد: أحاديثه موضوعة. والعلاء بن خالد القرشي قواه ابن حبان وكذبه أبو سلمة التبوذكي.

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (1/190), juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (2/185) daripada Ibn ‘Adi, al-Qadha’ei dalam Musnad al-Shihab (117) daripada al-Khara’iti, dan hadith ini juga terdapat dalam al-Makarim (60) melalui sanad Jahdar, katanya Baqiyyah telah menceritakan kepada kami, katanya al-Awza’ei telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah secara marfu’ hadith tersebut.
Saya berkata: Jahdar, beliau adalah Ahmad bin ‘Abd al-Rahman al-Kufrutuni, beliau seorang yang dha’if lagi mendakwa mendengar hadith sedangkan tidak sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn ‘Adi.
Ibn Hibban pula telah menyebutkan beliau dalam al-Thiqat, secara berkata: "Saya tidak melihat dalam hadithnya sesuatu tunggang terbalik yang berpunca daripada beliau, kecuali hadith yang Zaid bin ‘Abd al-‘Aziz ceritakan kepada kami…". Lalu Ibn Hibban pun menyebutkan hadith ini, kemudian beliau berkata: "Ini adalah hadith munkar".
Al-Hafiz berkata dalam al-Lisan (1/211): "Sepertinya beliau tidak mengenali Jahdar, kerana beliau menyebutkan nama Jahdar sebagai Abd Allah bin al-Harith". Al-Haythami dalam al-Majma’ (3/128) berkata: "Saya tidak menemui sesiapa pun yang menyebutkan biografi Jahdar bin Abd Allah". Al-Haythami RH telah tersilap dalam menyebutkan nasab Jahdar. Oleh kerana itu beliau tidak menemuinya. Wallahua’lam.
Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: "Beliau telah meriwayatkan hadith ini daripada Baqiyyah daripada Yusuf bin al-Safar daripada al-Awza’ei. Yusuf telah gugur (daripada sanad). Al-Babluti beliau seorang yang Wahin (Terlalu Dha’if) telah meriwayatkannya daripada al-Awza’i".
Al-Suyuti berkata dalam al-La’ali (2/99): "Beliau iaitu Jahdar telah disokong (riwayatnya). Abu al-Syeikh telah meriwayatkannya daripada Abu al-Tahrish Ahmad bin ‘Isa al-Kilabi, katanya Muhammad bin ‘Awf telah menceritakan kepada kami daripada Baqiyyah..".
Saya berkata: Abu al-Tahrish ini saya tidak temui biografi beliau, saya khuatir terjadinya kesilapan ejaan. Kemudian, saya melihat al-Syeikh al-‘Allamah Zahabi zaman ini, al-Mu’allimi al-Yamani RH berkata dalam komentar beliau kepada kitab al-Fawaid al-Majmu’ah (hlmn 80): "Saya tidak menemui Abu al-Tahrish dan tidak tahu samada Abu al-Syeikh meriwayatkan daripada beliau tanpa melalui perantaraan atau melalui perantaraan. Namun, sahih daripada Baqiyyah daripada al-Awza’ei (secara ‘an’anah). Baqiyyah seorang yang melakukan Tadlis daripada semua perawi. Manakala, (riwayat (secara Tahdith) ‘Baqiyyah, katanya al-Awza’i telah menceritakan kepada kami’, ianya jauh sekali".
Saya berkata: Sekalipun Baqiyyah menyebutkan secara jelas lafaz Tahdith daripada al-Awza’ei, maka Tadlis beliau tetap tidak terangkat kerana beliau melakukan Tadlis al-Taswiyah sebagaimana yang telah saya nyatakan pada permulaan kitab ini. Bagi perawi yang melakukan Tadlis al-Taswiyah, mereka perlu menyebutkan secara jelas lafaz Tahdith dalam semua peringkat sanad, kecuali dalam situasi-situasi, seperti perawi yang melakukan Tadlis al-Taswiyah meriwayatkan daripada seorang perawi melalui kitab hadith seperti ‘Amr bin Shu’aib daripada ayahnya daripada datuknya. Asalnya perawi yang melakukan Tadlis tidak dipertanggungjawabkan tentang riwayat secara ‘An’nah oleh guru beliau, kerana itu memadai jika dia menyebutkan secara Tahdith daripada gurunya sahaja (bukan pada semua peringkat sanad). Wallahua’lam.
Baqiyyah telah menggugurkan seorang perawi daripada sanad tersebut. Al-Daraqutni berkata dalam al-‘Ilal (juz 5/hlm. 27/2): "Muhammad bin Musaffa telah meriwayatkan berbeza dengan mereka berdua, Muhammad telah meriwayatkannya daripada Baqiyyah daripada Abu al-Faidh daripada al-Awza’ei daripada Ibn Shihab daripada ‘Urwah, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda…Hadith ini tidak sahih". Hadith tersebut mempunya sokongan melalui hadith Anas RA. Ianya telah diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi (6/2350) dan Ibn al-Najjar dalam Zayl Tarikh Baghdad melalui sanad Ibn ‘Adi, katanya aku telah mendengar Abu Ja’far, seorang syeikh, aku telah mendengar beliau memberikan nasihat kepada orang ramai, katanya Muhammad bin Maslamah telah menceritakan kepada kami, katanya Musa al-Tawil telah menceritakan kepada kami daripada Anas secara marfu’: "Syurga adalah tempat kembalinya orang-orang yang bermurah hati", sebanyak tiga kali.
Kemudian Ibn ‘Adi berkata: "Kesemua hadith-hadith ini adalam riwayat Munkar milik Musa tersebut". Musa ini adalah Ibn Abd Allah al-Tawil, seorang perawi yang didakwa melakukan pendustaan. Beliau telah meriwayatkan daripada Anas hadith-hadith yang palsu sebagaimana disebutkan oleh Ibn Hibban. Cukuplah menunjukkan penipuan beliau melalui kata-kata beliau: "Aku pernah meliha ‘Aishah di Basrah atas seekor unta berwarna perang dalam tempat duduk yang berwarna hijau".
Manakala Al-Zahabi juga mengulas dengan katanya : "Lihatlah kepada si haiwan yang didakwa melakukan pendustaan ini! Bagaimana pada awal tahun 200 Hijrah, beliau kata bahawa beliau telah melihat ‘Aishah? Siapakah yang akan mempercayainya?". Hadith tersebut ada sanad lain daripada Anas. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Khatib dalam al-Bukhala’ (hlmn 51) melalui sanad al-Dinuri katanya Muhammad bin al-Mughirah al-Jarmi telah menceritakan kepada kami, katanya Ibrahim bin Bakar al-Shaibani telah menceritakan kepada kami, katanya al-‘Ala’ bin Khalid al-Qurashi telah menceritakan kepada kami, katanya Thabit al-Bunani telah menceritakan kepada kami daripada Anas secara marfu’ hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini talif (rosak). Al-Dinuri adalah Abd Allah bin Muhammad bin Wahb al-Hafiz, al-Daraqutni telah meninggalkan riwayat beliau seraya berkata: "Beliau selalu memalsukan hadith". ‘Umar bin Sahl menilai beliau sebagai pendusta. Ibn ‘Uqdah mendakwa beliau melakukan penipuan. Manakala, Ibrahim bin Bakar pula seorang yang Matruk sebagaimana disebutkan oleh al-Daraqutni dan lain-lain. Ahmad berkata: "Hadith-hadith beliau adalah palsu". Al-‘Ala’ bin Khalid al-Qurashi pula dinilai kuat oleh Ibn Hibban, manakala Abu Salamah al-Tabuzaki pula menilai beliau sebagai pendusta.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs