Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشِّرْكُ أخفَى في أمَّتي من دَبيبِ النَّملِ على الصَّفا في اللَّيلةِ الظَّلماءِ، وأدناهُ أن تُحبَّ على شيءٍ منَ الجورِ أو تبغضَ على شيءٍ منَ العَدلِ، وَهلِ الدِّينُ إلَّا الحبُّ في اللَّهِ والبغضُ في اللَّهِ ؟ قالَ اللَّهُ تَعالى:{قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ}. [آلَ عمرانَ: 31] .
Teks Bahasa Melayu
Syirik lebih tersembunyi daripada (pandangan) umatku berbanding semut yang merayap di atas bukit Safa pada malam yang gelap-gelita, dan yang paling rendah bagi syirik ialah kamu menyukai sesuatu kezaliman atau membenci sesuatu keadilan, dan adakah agama itu tidak lain tidak bukan hanyalah cinta (akan kebaikan) kerana Allah dan benci (kepada maksiat) kerana Allah? Firman Allah SWT: 'Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."' [Ali'Imraan: 31].
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis no. 2552.
(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((الشرك أخفى في أمتي من دبيب النمل على الصفا في الليلة الظلماء، وأدناه أن تحب على شيء من الجور أو تبغض على شيء من العدل، وهل الدين إلا الحب في الله والبغض في الله؟ قال الله تعالى: {قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله})).[آل عمران: 31]. [ك، حل، ((الضعيفة)) (3755)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syirik lebih tersembunyi daripada (pandangan) umatku berbanding semut yang merayap di atas bukit Safa pada malam yang gelap gelita, dan yang paling rendah bagi syirik ialah kamu menyukai sesuatu kezaliman atau membenci sesuatu keadilan, dan adakah agama itu tidak lain tidak bukan hanyalah cinta (akan kebaikan) kerana Allah dan benci (kepada maksiat) kerana Allah? Firman Allah SWT: 'Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."' [Ali'Imraan: 31]. [Riwayat Mustadrak al-Ḥākim, dan Abī Nu‘aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3755]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman