Syirik kepada Allah dan memberi mudarat kepada manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اثنتان لا تقربهما: الشرك بالله، والإضرار بالناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua perkara jangan pernah engkau hampirinya: “Syirik kepada Allah dan memudaratkan manusia.”

STATUS

Tiada Asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 445, hadis nombor 2372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له): ((اثنتان لا تقربهما: الشرك بالله، والإضرار بالناس)). [((الضعيفة)) (7)].

(Tiada asalnya)
Dua perkara jangan pernah engkau hampirinya: “Syirik kepada Allah dan memudaratkan manusia.”
[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.