Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Syiar umatku ketika mereka dibawa (meniti) di atas titian sirat ialah "Tiada Tuhan melainkan Allah"

Teks Bahasa Arab

شِعارُ أمتي إذا حُمِلُوا على الصراطِ: لا إله إلا اللهُ.

Teks Bahasa Melayu

Syiar umatku ketika mereka dibawa (meniti) di atas titian sirat ialah "Tiada Tuhan melainkan Allah".

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis no. 2446.

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص - رضي الله عنهما - مرفوعا: «شعار أمتي إذا حملوا على الصراط: لا إله إلا الله». [عق، طس، «الضعيفة» (1972)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-'As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Syiar umatku ketika mereka dibawa (meniti) di atas titian sirat ialah "Tiada Tuhan melainkan Allah". [Riwayat al-Uqayli dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1972].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.