Syiar orang muslim pada hari kiamat di atas titian sirat adalah Rabbi Sallim

TEKS BAHASA ARAB

شعار المسلمين يوم القيامة على الصراط: ‌رب ‌سلم، ‌رب ‌سلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syiar orang muslim pada hari kiamat di atas titian sirat adalah Rabbi Sallim, Rabbi Sallim (Ya Allah, Selamatkanlah aku).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 655, hadis nombor 3380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المغيرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((شعار المسلمين يوم القيامة على الصراط: ‌رب ‌سلم، ‌رب ‌سلم)). [ت، ك، عبد بن حميد الحربي في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (1973)]

(Lemah) Daripada al-Mughirah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Syiar orang muslim pada hari kiamat di atas titian sirat adalah Rabbi Sallim, Rabbi Sallim (Ya Allah, Selamatkanlah aku).” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Abd bin Humaid al-Harbi dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1973]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs