Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شِعارُ المسلمين يومَ القيامةِ على الصراطِ : ربِّ سَلِّمْ، ربِّ سَلِّمْ.
Teks Bahasa Melayu
Syiar orang muslim pada hari kiamat di atas titian sirat adalah Rabbi Sallim, Rabbi Sallim (Ya Allah, Selamatkanlah aku).
Sahabat Perawi
- al-Mughirah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 655, hadis no. 3380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن المغيرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((شعار المسلمين يوم القيامة على الصراط: رب سلم، رب سلم)). [ت، ك، عبد بن حميد الحربي في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (1973)]
(Lemah) Daripada al-Mughirah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Syiar orang muslim pada hari kiamat di atas titian sirat adalah Rabbi Sallim, Rabbi Sallim (Ya Allah, Selamatkanlah aku).” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Abd bin Humaid al-Harbi dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1973]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman