TEKS BAHASA ARAB
الشام كنانتي، فمن أرادها بسوء؛ رميته بسهم منها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Syam merupakan bekas simpanan anak panahku. Barang siapa yang menginginkan padanya keburukan, maka aku akan melontarkannya dengan panah daripadanya.
STATUS
Tiada asal baginya pada (riwayat yang) marfu‘
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1781, hadis nombor 8961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له في المرفوع): ((الشام كنانتي، فمن أرادها بسوء؛ رميته بسهم منها)). [((الضعيفة)) (15)]
(Tiada asal baginya pada (riwayat yang) marfu‘): Syam merupakan bekas simpanan anak panahku. Barang siapa yang menginginkan padanya keburukan, maka aku akan melontarkannya dengan panah daripadanya. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 15]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.