Syam ialah negeri pilihan Allah

TEKS BAHASA ARAB

الشام صفوة الله من بلاده، إليها يجتبي صفوته من عباده. فمن خرج من الشام إلى غيرها فبسخطه، ومن دخلها من غيرها فبرحمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syam ialah negeri pilihan Allah. Hamba-hamba pilihan-Nya berkumpul di Syam. Sesiapa yang keluar dari bumi Syam ke tempat lain, maka dia berpindah dengan kemurkaan dan sesiapa yang masuk ke negeri Syam dari tempat lain, maka dia masuk dengan rahmat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 47, hadis nombor 248. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


[Saya berkata]: Dalam sanadnya terdapat ‘Ufair bin Ma’dan, hadith-hadithnya adalah palsu. Pereka hadith ini mahu memberikan sokongan terhadap Mu’awiyah dan memalingkan orang ramai daripada penduduk Iraq dan orang-orang yang bersama imam yang benar A.S. Sekarang ini, Yahudi dari luar Syam pun telah masuk ke Syam, maka adakah masuknya mereka itu dengan rahmat Allah? Semoga Allah melaknat para pendusta.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs