Syam ialah negeri pilihan Allah, hamba-hamba pilihan-Nya berkumpul di Syam

TEKS BAHASA ARAB

الشام صفوة الله من بلاده، إليها يجتبي صفوته من عباده، فمن خرج من الشام إلى غيرها؛ فبسخطه، ومن دخلها من غيرها؛ فبرحمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syam ialah negeri pilihan Allah, hamba-hamba pilihan-Nya berkumpul di Syam. Sesiapa yang keluar dari bumi Syam ke tempat lain, maka dia berpindah dengan kemurkaan-Nya, dan sesiapa yang masuk ke negeri Syam dari tempat lain, maka di masuk dengan rahmat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1842, hadis nombor 9290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الشام صفوة الله من بلاده، إليها يجتبي صفوته من عباده، فمن خرج من الشام إلى غيرها؛ فبسخطه، ومن دخلها من غيرها؛ فبرحمة)). [ك، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٣٧٥٣)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah al-Bāhilī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syam ialah negeri pilihan Allah, hamba-hamba pilihan-Nya berkumpul di Syam. Sesiapa yang keluar dari bumi Syam ke tempat lain, maka dia berpindah dengan kemurkaan-Nya, dan sesiapa yang masuk ke negeri Syam dari tempat lain, maka di masuk dengan rahmat. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Asākir dalam kitab Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3753]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs