Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشَّامُ صفوةُ اللهِ مِن بلادِه، إليها يَجتَبي صفوتَه مِن عبادِه، فمَن خرجَ من الشَّامِ إلى غيرِها؛ فبسُخطِه، ومَن دخلَها من غيرِها؛ فبرحمةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Syam ialah negeri pilihan Allah, hamba-hamba pilihan-Nya berkumpul di Syam. Sesiapa yang keluar dari bumi Syam ke tempat lain, maka dia berpindah dengan kemurkaan-Nya, dan sesiapa yang masuk ke negeri Syam dari tempat lain, maka di masuk dengan rahmat.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah al-Bahili RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1842, hadis no. 9290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الشام صفوة الله من بلاده، إليها يجتبي صفوته من عباده، فمن خرج من الشام إلى غيرها؛ فبسخطه، ومن دخلها من غيرها؛ فبرحمة)). [ك، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٣٧٥٣)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah al-Bāhilī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syam ialah negeri pilihan Allah, hamba-hamba pilihan-Nya berkumpul di Syam. Sesiapa yang keluar dari bumi Syam ke tempat lain, maka dia berpindah dengan kemurkaan-Nya, dan sesiapa yang masuk ke negeri Syam dari tempat lain, maka di masuk dengan rahmat. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Asākir dalam kitab Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3753]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman