Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Syam ialah negeri pilihan Allah

Teks Bahasa Arab

الشَّامُ صَفْوَةُ الله مِنْ بِلاَدِهِ إِلَيْهَا يَجْتَبِي صَفْوَتَهُ مِنْ عِبَادِهِ فَمَنْ خَرَجَ مِنَ الشَّامِ إِلَى غَيْرِهَا فَبِسَخْطَةٍ وَمَنْ دَخَلَهَا مِنْ غَيْرِهَا فَبِرَحْمَتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Syam ialah negeri pilihan Allah. Hamba-hamba pilihan-Nya berkumpul di Syam. Sesiapa yang keluar dari bumi Syam ke tempat lain, maka dia berpindah dengan kemurkaan dan sesiapa yang masuk ke negeri Syam dari tempat lain, maka dia masuk dengan rahmat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 47, hadis no. 248. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

[Saya berkata]: Dalam sanadnya terdapat 'Ufair bin Ma'dan, hadith-hadithnya adalah palsu. Pereka hadith ini mahu memberikan sokongan terhadap Mu'awiyah dan memalingkan orang ramai daripada penduduk Iraq dan orang-orang yang bersama imam yang benar A.S. Sekarang ini, Yahudi dari luar Syam pun telah masuk ke Syam, maka adakah masuknya mereka itu dengan rahmat Allah? Semoga Allah melaknat para pendusta.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.