Syaitan menundukkan mukanya apabila bertemu Umar RA sejak dia memeluk Islam

TEKS BAHASA ARAB

إن الشيطان لم يلق عمر منذ أسلم إلا خر لوجهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syaitan tidak berjumpa dengan Umar sejak dia memeluk Islam kecuali ia tundukkan mukanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1826, hadis nombor 9207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سديسة مولاة حفصة مرفوعاً: ((إن الشيطان لم يلق عمر منذ أسلم إلا خرّ لوجهه)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (3017)]

(Lemah) Daripada Sudaisah bekas hamba Hafsah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya syaitan tidak berjumpa dengan Umar sejak dia memeluk Islam kecuali ia tundukkan mukanya. [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3017]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs