Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الشيطانَ لم يَلْقَ عمرَ منذ أسلم إلا خَرَّ لوجهِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya syaitan tidak berjumpa dengan Umar sejak dia memeluk Islam kecuali ia tundukkan mukanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1826, hadis no. 9207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سديسة مولاة حفصة مرفوعاً: ((إن الشيطان لم يلق عمر منذ أسلم إلا خرّ لوجهه)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (3017)]
(Lemah) Daripada Sudaisah bekas hamba Hafsah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya syaitan tidak berjumpa dengan Umar sejak dia memeluk Islam kecuali ia tundukkan mukanya. [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3017]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman