Syaitan mempunyai deria rasa dan kuat menjilat

TEKS BAHASA ARAB

إن الشيطان حساس لحاس فاحذروه على أنفسكم من بات وفي يده ريح غمر فاصابه شيء فلا يلومن إلا نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syaitan itu mempunyai deria rasa dan ia juga kuat menjilat, maka jagalah diri kamu daripadanya. Sesiapa yang tidur malam dalam keadaan tangannya penuh dengan bau-bauan, lalu jika ada sesuatu yang buruk mengganggunya, maka janganlah dia mencela yang lain melainkan dirinya sendiri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 224, hadis nombor 1185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الشيطان حساس لحاس فاحذروه على أنفسكم من بات وفي يده ريح غمر فاصابه شيء فلا يلومن إلا نفسه)). [ت، ك، عد، ((الضعيفة)) (5533)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya syaitan itu mempunyai deria rasa dan ia juga kuat menjilat, maka jagalah diri kamu daripadanya. Sesiapa yang tidur malam dalam keadaan tangannya penuh dengan bau-bauan, lalu jika ada sesuatu yang buruk mengganggunya, maka janganlah dia mencela yang lain melainkan dirinya sendiri.
[Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunan beliau, al-Ḥākim dalam Mustadrak beliau dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5533]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs