Syaitan di antara langit dan bumi yang dipanggil al-Walahan

TEKS BAHASA ARAB

إن شيطانا بين السماء والأرض، يقال له: الولهان، معه ثمانية أمثال ولد آدم من الجنود، وله خليفة يقال له: خنزب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ada syaitan di antara langit dan bumi yang dipanggil al-Walahan. Bersamanya ada 8 orang seperti anak Adam yang menjadi tentera. Dia juga ada seorang khalifah yang bernama Khanzab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 65, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الجوزي: موضوع.

Ibn al-Jawzi berkata: Palsu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs