Syaitan dan hasad dengki anak Adam telah mendatangkannya

TEKS BAHASA ARAB

العين حق، ويحضرها الشيطان وحسد ابن آدم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penyakit ‘Ain itu benar, syaitan dan hasad dengki anak Adam telah mendatangkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1200, hadis nombor 6094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: العين حق، ويحضرها الشيطان وحسد ابن آدم.
[حم, الطبراني في ((مسند الشاميين)) ((الضعيفة)) (2364)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Penyakit ‘Ain itu benar, syaitan dan hasad dengki anak Adam telah mendatangkannya.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2364]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs