Syaitan bersumpah akan sentiasa menghasut manusia melakukan tiga perkara ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الشيطان – لعنه الله – قال: لن يفلت مني [ابن] آدم من إحدى ثلاث: أخذ المال من غير حله، ووضعه في غير حقه، ومنعه من حقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syaitan laknatullah berkata: Tidak akan lepas daripadaku (anak-anak) Adam daripada melakukan tiga perkara ini, iaitu: Mengambil harta dengan cara tidak halal, meletakkannya (harta) di tempat bukan haknya, dan menghalangnya (harta) sampai kepada kepada pihak yang berhak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 620, hadis nombor 3224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سلمة بن عبد الرحمن عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الشيطان – لعنه الله – قال: لن يفلت مني [ابن] آدم من إحدى ثلاث: أخذ المال من غير حله، ووضعه في غير حقه، ومنعه من حقه)). [البزار، طب، ((الضعيفة)) (4870)].

(Lemah) Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman daripada ayahnya – sahabat RA – secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya syaitan laknatullah berkata: Tidak akan lepas daripadaku (anak-anak) Adam daripada melakukan tiga perkara ini, iaitu: Mengambil harta dengan cara tidak halal, meletakkannya (harta) di tempat bukan haknya, dan menghalangnya (harta) sampai kepada kepada pihak yang berhak.))
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnad, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4870].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.