TEKS BAHASA ARAB
شيطان الردهة يحتدره رجل من بجيلة؛ يقال له: الأشهب أو ابن الأشهب، راع للخيل، علامة سوء في قوم ظلمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Syaitan al-Radhah (lubang atas tanah tinggi) yang diseret oleh seorang lelaki dari Bajilah (nama kabilah), dikatakan al-Ashhab atau Ibn al-Ashhab, si pengembala kuda adalah tanda kejahatan pada kaum yang zalim.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1333, hadis nombor 6809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه مرفوعا: شيطان الردهة يحتدره رجل من بجيلة؛ يقال له: الأشهب أو ابن الأشهب، راع للخيل، علامة سوء في قوم ظلمة.
[ك، حم، الحميدي، الفسوي، ع، ابن أبي عاصم، البزار، ((الضعيفة)) (3750)]
(Munkar)
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syaitan al-Radhah (lubang atas tanah tinggi) yang diseret oleh seorang lelaki dari Bajilah (nama kabilah), dikatakan al-Ashhab atau Ibn al-Ashhab, si pengembala kuda adalah tanda kejahatan pada kaum yang zalim.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Humaidi, al-Fasawi, Musnad Abī Ya‘lā, Ibn Abi 'Asim, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3750]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.