Syaitan akan memakai pakaian-pakaian yang tidak dilipat

TEKS BAHASA ARAB

اطووا ثيابكم؛ ترجع إليها أرواحها؛ فإن الشيطان إذا وجد الثوب مطويا؛ لم يلبسه، وإذا وجده منشورا؛ لبسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lipatlah pakaian kamu, nescaya roh-rohnya akan kembali kepadanya. Ini kerana apabila syaitan melihat pakaian itu dilipat, ia tidak akan memakainya. Namun apabila ia melihatnya terlerai, ia akan memakainya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 223, hadis nombor 1182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((اطووا ثيابكم؛ ترجع إليها أرواحها؛ فإن الشيطان إذا وجد الثوب مطويا؛ لم يلبسه، وإذا وجده منشورا؛ لبسه)). [طس، ((الضعيفة)) (5904)]

(Palsu)
Daripada Jabir RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Lipatlah pakaian kamu, nescaya roh-rohnya akan kembali kepadanya. Ini kerana apabila syaitan melihat pakaian itu dilipat, ia tidak akan memakainya. Namun apabila ia melihatnya terlerai, ia akan memakainya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5904]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs