Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Syafaatku telah ditetapkan untuk umatku kecuali ahli bidaah

Teks Bahasa Arab

حَلَّتْ شَفَاعَتِي لِأُمَّتِي؛ إِلَّا صَاحِبَ بِدْعَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Syafaatku telah ditetapkan (halal) untuk umatku kecuali ahli bidaah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1303, hadis no. 6656. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بكر بن عبد الله المزني أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: حلت شفاعتي لأمتي؛ إلا صاحب بدعة. [ابن وضاح في ((البدع والنهي عنها))، ((الضعيفة)) (209)].

(Munkar) Daripada Bakr bin 'Abdillah al-Muzani bahawa Nabi SAW pernah bersabda: Syafaatku telah ditetapkan (halal) untuk umatku kecuali ahli bidaah. [Riwayat Ibn Waddah dalam al-Bida' wa al-Nahyu 'Anha. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 209].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.