Syafaatku adalah untuk umatku

TEKS BAHASA ARAB

شفاعتي لأمتي: من أحب أهل بيتي، وهم شيعتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syafaatku adalah untuk umatku: Barangsiapa mencintai ahli keluargaku, maka mereka ialah pengikutku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1842, hadis nombor 9289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((شفاعتي لأمتي: من أحبّ أهل بيتي، وهم شيعتي)). [خط، ((الضعيفة)) (٣٧٤٧)]

(Lemah) Daripada ‘Alī ibn Abī Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syafaatku adalah untuk umatku: Barangsiapa mencintai ahli keluargaku, maka mereka ialah pengikutku. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3747]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs