Syafaatku adalah untuk orang yang melakukan dosa dalam kalangan umat aku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شفاعتي لأهل الذنوب من أمتي. قال أبو الدرداء: وإن زنى وإن سرق؟ فقال: نعم وإن زنى وإن سرق على رغم أنف أبي الدرداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syafaatku adalah untuk orang yang melakukan dosa dalam kalangan umat aku. Abu al-Darda’ berkata: Meskipun seseorang itu berzina, atau dia mencuri? Baginda menjawab: Ya, meskipun dia berzina, atau dia mencuri, walaupun Abu al-Darda’ tidak menggemarinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis nombor 5476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا السياق) عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: شفاعتي لأهل الذنوب من أمتي. قال أبو الدرداء: وإن زنى وإن سرق؟ فقال: نعم وإن زنى وإن سرق على رغم أنف أبي الدرداء. [خط، الضعيفة (5901)]

(Palsu dengan konteks ini) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Syafaatku adalah untuk pelaku dosa dalam kalangan umat aku. Abu al-Darda’ berkata: Meskipun seseorang itu berzina, atau dia mencuri? Baginda menjawab: Ya, meskipun dia berzina, atau dia mencuri, walaupun Abu al-Darda’ tidak menggemarinya. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5901]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.