Syafaatku adalah untuk mereka yang berdosa daripada kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

شفاعتي لأهل الذنوب من أمتي. قال أبو الدرداء: وإن زنى وإن سرق؟ فقال: نعم، وإن زنى وإن سرق على رغم أنف أبي الدرداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Syafaatku adalah untuk mereka yang berdosa daripada kalangan umatku". Abu al-Darda’ bertanya: "Walaupun dia berzina, walaupun dia mencuri?". Baginda menjawab: "Benar, walaupun dia berzina, walaupun dia mencuri. Sekalipun Abu al-Darda’ tidak suka".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 522, hadis nombor 2768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا السياق) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «شفاعتي لأهل الذنوب من أمتي. قال أبو الدرداء: وإن زنى وإن سرق؟ فقال: نعم، وإن زنى وإن سرق على رغم أنف أبي الدرداء». [خط، «الضعيفة» (5901)].

(Palsu dengan konteks ini) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Syafaatku adalah untuk mereka yang berdosa daripada kalangan umatku". Abu al-Darda’ bertanya: "Walaupun dia berzina, walaupun dia mencuri?". Baginda menjawab: "Benar, walaupun dia berzina, walaupun dia mencuri. Sekalipun Abu al-Darda’ tidak suka". [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5901].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs