TEKS BAHASA ARAB
ليست الشفاعة لأهل الكبائر من أمتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada syafaat untuk pelaku dosa-dosa besar dari kalangan umatku.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1369, hadis nombor 6976. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل)
عن جابر بن زيد، عن النبي ﷺ: ليست الشفاعة لأهل الكبائر من أمتي. يحلف جابر عند ذلك: ما لأهل الكبائر شفاعة؛ لأن الله قد أوعد أهل الكبائر النار في كتابه، وإن جاء الحديث عن أنس بن مالك أن الشفاعة لأهل اَلْكَبَائِر؛ فوالله! ما عنى القتل والزنى والسحر وما أوعد عليه النار!
[الربيع بن حبيب، ((الضعيفة)) (5964)]
(Batil)
Daripada Jabir bin Zaid daripada Nabi SAW: Tidak ada syafaat untuk pelaku dosa-dosa besar dari kalangan umatku. Jabir RA telah bersumpah dengan perkara itu: Tidak ada syafaat bagi pelaku dosa besar, kerana sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan pelaku dosa besar itu dengan ancaman neraka di dalam kitab-Nya. Dan walaupun hadith daripada Anas bin Malik RA menyebut: Sesungguhnya syafaat bagi pelaku dosa-dosa besar. Demi Allah! Baginda tidak memaksudkan dosa membunuh, zina, sihir dan dosa-dosa yang dijanjikan neraka!.
[Riwayat al-Rabi’ bin Habib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5964]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.