Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليسَتِ الشَّفاعَةُ لأَهلِ الْكبائرِ من أمَّتي.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada syafaat untuk pelaku dosa-dosa besar dari kalangan umatku.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1369, hadis no. 6976. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Jabir bin Zaid daripada Nabi SAW: Tidak ada syafaat untuk pelaku dosa-dosa besar dari kalangan umatku. Jabir RA telah bersumpah dengan perkara itu: Tidak ada syafaat bagi pelaku dosa besar, kerana sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan pelaku dosa besar itu dengan ancaman neraka di dalam kitab-Nya. Dan walaupun hadith daripada Anas bin Malik RA menyebut: Sesungguhnya syafaat bagi pelaku dosa-dosa besar. Demi Allah! Baginda tidak memaksudkan dosa membunuh, zina, sihir dan dosa-dosa yang dijanjikan neraka!. [Riwayat al-Rabi' bin Habib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5964]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman